Tak semudah yang kau sangka. Kehidupan hari ini bila kau toleh kekanan dan kekiri, mungkin mudah bila kau sendiri yang halang diri kau untuk melihat dunia luar, tapi sanggup untuk kau dikata seperti katak dibawah tempurung? Mungkin kau kata semuanya mudah bila kau hanya melihat luaran dan bukan dalaman manusia. Mudah jika kau tahu apa yang akan jadi pada keesokkan harinya.
Dunia ini percaturannya mudah, tapi tiada yang mudah kalau kau jenis yang cepat mengalah. Hati kena kental, mental kena bersedia. Pandang manusia bukan dari permulaannya tapi tempat dimana mereka berhenti.
Perkataan yang mudah sentiasa dekat dihati mereka yang tinggal dibumi Malaysia. Tidak perlu kau merantau jauh hingga kehujung dunia. Bukan tempat high-class atau hotel 5 bintang, hanya di mamak. Kau boleh lihat manusia dengan topengnya, manusia dengan lakonan mereka, berbagai keletah bebagai renah. Hanya perlu kau berhenti seketika, minum segelas kopi mamak di simpang. Tempat anak muda, tempat mereka bergembira. Ini tempat dimana kau harus buka minda, buka mata dan buka hati. Kerana disini mungkin kau terkelru dengan fizikal manusia.
Yang senyum dengan rupa yang manis mungkin kau sangka baik. Yang ganas dan menakutkan mungkin kau kata jahat. Tapi itu semua hanya pemikiran kolot manusia. Kita susah untuk menerima kalau bukan mereka yang kita kenal, yang berada disekeliling kita, dan yang ada kena mengena dengan kita. Tapi kita kena sedar yang hakikat dunia sebenarnya terbalik. Terbalik sehinggakan terlalu kejam untuk kau hidup didalamnya.
"Pembunuh dalam diam.."
Rokok itu sudah sepati dengan anak muda. Tidak lelaki kalau tidak merasa kata mereka. Ada yang memberi kata bangga, kita remaja harus mencuba sesuatu yang baru. Aku tenung mata setiap daripada mereka. Mencari sehalus garis kebenaran. Payah kerana terlalu banyak helah, terlalu banyak alasan, dan terlalu banyak dusta.
Rokok yang aku anggapnya seperti pembunuh dalam diam. Senjata yang paling dekat dengan jiwa remaja. Bila-bila masa boleh meracuni minda dan hati, serta membunuh jiwa. Tapi pada mereka, rokok itu yang merapatkan hubungan. Yang menjadi peneman dimasa lenggang. Jujur aku melontarkan soalan, tiada yang aku cuba sembunyikan. Tapi soalan ini yang membuat mereka buntu mencari jawapan
"Kalau remaja perlu mencuba benda yang baru dengan rokok yang membunuh secara perlahan-lahan tu. Kenapa tidak menyuruh aku terjun bangunan terus? Tiada duit yang perlu kau layangkan seperti sekotak rokok. "
Manusia hari ini ada sejuta pendirian. Tapi jika kau selami satu-persatu, akan kau jumpa satu titik yang sama. Yang mahu bebas dan yang mahu berubah, cuma tersembunyi didalam kegelapan jiwa. Setiap dari mereka berkongsi satu keinginan tapi cuma kita tidak tahu apa. jangan kau tutup peluang mereka ini untuk berubah dengan kata-kata manis tetapi dusta dari mulut kau. Biar mereka sakit dengan realiti sebenar. Bimbing mereka. Bawa mereka kembali kepada diri mereka sendiri..
Diri dimana yang bersujud pada sang-Pencipta.