AKU, ITU AKU
“Kalau senyum itu boleh dilukis ikut suka, pasti saya akan
terpacak dihadapan awak semata-mata mahu mengukir satu senyuman di bibir awak.”
*****
Hidup
yang penuh dengan cabaran ini, kita tidak boleh meramal untung dan ruginya.
Sebab apa yang ada didalamnya adalah sesuatu yang tidak dijangka. Bila masa
kita mahukan kisah hidup seperti kisah dogeng yang penuh dengan kebahagian dan
kegembiraan. Tetapi hanya itu yang dilihat dan dipandang, hanya sesuatu yang
indah dan sedap mata memandang sahaja yang dimahukan. Bila ianya konsep drama
mesti ada liku-likunya, selok-beloknya, simpang-siurnya, sebelum berjumpa
dengan penamatnya. Hadiah dunia iatu kebahagiaan selama-selamanya.
Aku
adalah aku, fakta yang tidak akan pernah berubah walau untuk sedetik sekalipun.
Tetapi, apa yang berubah hanya apa yang ada disekelilingku. Daripada seorang
kawan yang setia menjadi musuh dikemudian harinya, daripada watak utama terus
turun menjadi pelakon tambahan sahaja. Ini lah realiti kehidupan sebenarnya,
tidak pernah mengikut kemahuan kita. Seperti hidup aku yang ada seribu satu
drama dunia, seribu satu kawan dan lawan, seribu satu kenangan yang tersemat. Dan
disebalik seribu satu cerita dan drama dunia pasti akan ada terselit satu kisah
cinta, fitrah manusia.
Aku
masih seorang remaja dimana hatinya bersifat memberontak, jiwanya yang sentiasa
ingin dan mahukan kebebasan dunia. Nafsunya tidak pernah mati dalam jiwa,
sentiasa hidup dan akan terus membara. Tanya sama diri, apakah rasanya bila kau
berdiri diam ditengah-tengah keriuhan ramai dan sekeliling kau merupakan mereka
yang mengenali siapa kau. Tetapi, kau hanya dianggap seperti halimunan, tidak
kelihatan. Kau tahu apa rasanya? Perit, pedih, sedih dan jiwa aku menjadi
kosong. Hati aku meronta menginginkan perhatian dan bukan dibanding-bandingkan. Mencari
seseorang yang ikhlas menjaga dan mengambil berat. Tapi persoalannya, masihkah
ada ruang untuk aku ketuk dan memasuki hatinya? Jujur aku pada hati.
*****
Uniform
sekolah aku sarung, tudung sekolah bertanda nama “Kaisara” telah pun selamat
mendarat di kepala, tegang dan kemas. Aku pergi ke sekolah seperti kebiasaannya,
tetapi hari ini tidak seperti biasa. Tiada yang berbeza, cuma perasaan aku
gentar dan tidak keruan sahaja.
Aku
dipanggil dihadapan kelas, dipilih daripada 25 pelajar yang ada. Ini yang
paling aku benci apabila disoal dan ditanya dihadapan kelas sementara yang lain
memerhati. Tambahan pula, ini bukan matapelajaran kegemaran aku. Perasaan malu,
segan, dan marah, semuanya bercampur. Kaki aku menggeletar, otak aku beku dan
tangan aku sejuk kegelisahan. Aku terlalu takut untuk berkata-kata. Aku yang
kecil ini terasa semakin kecil. Aku tidak tahu kenapa, tapi sesuatu yang paling
aku takut ialah perasaan takut itu sendiri. Aku tidak suka bila ianya datang
sebab aku tidak tahu bagaimana untuk melawan. Aku menjerit dalam diam, jiwa aku
ketakutan dan hati aku kelam. Disaat ini dan ketika ini, air mataku rindukan bumi.
Suara hati aku berbicara, seseorang datang kepadaku dan katakan semuanya akan
baik-baik sahaja. Tiupkan semangat pada aku, aku terlalu lemah. Kedengaran
suara rakan-rakan membantu, riuhnya seperti di kedai mamak yang pengunjungnya
sedang menonton bola. Daripada keriuhan itu, ada suatu cara yang jelas. Aku
menoleh dan kelihatan senyum ikhlasnya. Dengan tenang dia membantu. Hati kecil
aku berkata
“Terima kasih Adam Farhan. Kau penyelamat !”
Selama
ini, dia hanya seperti warna pelik yang tak pernah aku endahkan. Tetapi dia ada
aura, yang menarik aku untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam. Tingginya,
173cm, bahu yang bidang menambah seri penampilan dan kulitnya yang cerah
menjadikan dia seorang yang digilai
ramai. Tambahan pula, dia ada sikap yang setiap orang menyenanginya dan dia
punyai senyuman yang ikhlas yang tidak ada pada semua lelaki. Kini, setiap kali
dia berbicara, telinga aku sentiasa mendengar. Dan senyuman miliknya itu
menjadi sesuatu yang dirindui aku. Kelihatan dia di hujung meja kelas, setiap
hari aku mahu melihat dirinya dan senyumannya.Entah kenapa? Bukan kerana suka,
cuma senang dengan sikapnya.
Masa
berlalu terlalu cepat, tidak sempat aku menikmati angin petang dan menghirup
udara segar. Majlis sukan sekolah daerah semakin hampir, pelbagai latihan telah
dijalankan setiap petang. Pada aku sukan itu adalah seni, umpama tarian tanpa
muzik dan seperti okestra tanpa bunyi. Memenatkan, tetapi bila ianya
diselang-selikan dengan usaha, pada akhirnya ada kemanisan yang diberi nama
kemenangan. 5 tahun lamanya aku bersama pasukan bola jaring sekolah .Tahun
terakhir ini aku lebih bersungguh-sungguh. Supaya bila aku meninggalkan
gelanggang terakhir ini, ada kemanisan yang aku bawa.
Latihan
terakhir untuk perlawanan terakhir. Jersi biru bertanda C, aku sarung. Memenatkan
walaupun untuk aku yang sudah lama bermain. Dia memerhati di luar gelanggang,
Adam Farhan. Aku tidak pasti kemana arah tuju anak matanya. Tapi ada senyum di
bibirnya. Aku tercari-cari kepunyaan siapa lontaran senyumnya itu? Aku menoleh
kembali padanya, matanya jatuh tepat kearahku. Seolah-olah matanya mengucapkan kata-kata
peransang padaku, meniupkan kembali semangatku. Dengan senyum aku membalas
pandangnya. Kalau lah aku yang mengawal masa, aku mahu begini selamanya.
*****
Aku
duduk tenang berseorangan di café sambil ditemani dengan muzik jazz. Tidak
perlukan gula sesudu lagi kerana kopi terasa manis bila setiap kali aku
teringatkan Adam.
“Apa yang sudah jadi pada aku? Adakah sudah ada perasaan suka
dalam jiwa? Tapi mengapa aku tidak pernah sedar sejak bila hati ini telah jatuh
cinta?”
Jiwa aku meronta, hati aku berkata. Arghh !! Aku sudah gila.Aku tolak
semuanya, tak mungkin aku jatuh cinta. Perasaan yang begitu asing pada aku.
Langit
tak selalu terang. Awan yang nyaman beransur pergi, yang tinggal hanya gelap
tak berhaluan. Senyumnya itu bukan milikku atau sesiapa, dia melontarkan pada
semua dan matanya jatuh pada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Tamaknya aku. Kemana
pergi prinsip yang aku pegang selama ini. Kemana pendirian yang aku juangkan? Aku
teruskan kehidupan tanpa menghiraukan rasa. Aku biarkan perasaan itu berlalu,
ditiup angin jauh kehujung dunia.
“Pergi
lah makan!” Kedengaran suara garau berkata. Aku menoleh
“Kenapa?” Tanyaku. Dengan tenang dia berdiri dan berkata “Supaya cepat tinggi.”
Tersembur tawaku, nasib baik semua rakan-rakanku turun ke kantin ketika itu. Sedang
aku menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Terdengar celoteh
pelajar lelaki yang berada di dalam kelas, rancak bercerita tentang artis-artis
Korea. Disebabkan aku juga salah seorang mangsa yang telah terjangkit dengan demam
Korea, aku mula membuka cerita. Bermacam-macam yang aku ceritakan pada mereka.
Tidak disangka-sangka ada juga lelaki yang meminati Kpop kan.
Jenaka
dan ketawa berselang-seli, riuh kelas hanya dengan celoteh kami. Sedang rancak
bercerita , Adam menarik kerusi selang 2 meja berhadapan rakan-rakannya. Dia
hanya memerhati dan mendengar. Bila semua sudah kehilangan kata, dia bersuara
“Kau ada gastrik?” Terperanjat aku mendengar soalannya. Dari mana
entah dia dapat idea untuk bertanya sebegitu? Tak pernah lagi ada lelaki yang
memulakan bicaranya dengan pertanyaan begitu. Aku melihat wajahnya, meneliti
disebalik riaknya “Okay, dia serious.” Hati aku berkata sendiri. Aku
memandangnya lalu menggangukkan kepala, sebagai tanda menjawab pertanyaannya.
Kemudian, mulalah sesi ceramah sains dia tentang perut “Kat dalam perut ini,
ada satu..bla…bla..” Dia ini kenapa tiba-tiba sahaja?
Kadang-kadang aku
menganggap dirinya pelik, tetapi entahlah. Ada unsur risau dalam pertanyaannya,
nasihat dalam celotehnya, tegas dalam jenakanyadan senyumannya itu umpama ubat
yang merawat. Tanpa sedar, senyuman terukir dibibir. Dan saat ini baru aku
sedar, kenapa aku pernah meraguinya dahulu?Aku menampar lembut pipiku,
menyedarkan diri kepada realiti. Hati kecil aku berkata “Woii, sembilu siot”
TOLONG SENYAP. PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN
“15
minit lagi, periksa jawapan anda dan ikat kertas jawapan.” Hari ini, hari
terakhir aku sebagai seorang pelajar. 15 minit terakhir ini merupakan langkah
terakhir aku untuk berbakti kepada sekolah ini. Di dewan ini dan kerusi ini
telah menemani aku selama sebulan dalam mengharungi pertempuran terakhir ini. Permulaan
aku, sebagai seorang pelajar bermula disini 5 tahun lepas. Dan langkah terakhir
ini pun, di dewan ini. Sebak hati bila teringatkan segala-gala yang telah aku
harungi. Persahabatan yang memberi aku seribu satu kenangan serta berkongsi
bersama sejuta impian. Ini langkah terakhir aku untuk sebuah permulaan yang
baru.
“Terima kasih, untuk segalanya”
To be continued ...