Hei warga blog yang aku kasihi. Sesungguhnya lama gilaa aku menggerakkan jari aku yang comel nih kat sini. And disebabkan aku terima mesej dari seseorang yang berbunyi
See? Nampak tak yang aku ada fans kat sini. Hahahaaa. Cakap jer lah kau rindu kat aku. Tak payah nak berbunga bunga sangat lah ayat tuh. Hahaha
.....
Sabtu lepas kan aku pergi program under ps and khb. Haji dorani homestay tuh. At first memang aku tak nak pergi kot. Ye lah kalau bab bab bayar membayar ni kan. Mak aku bukan bagi sangat pon. But lot of thanks kat adah lah. Kalau bukan sebab dia memang aku tak join pon program anak angkat.
Sampai kat sekolah tuh aku dah lambat lah kot. K, memang lambat pun. Budak ps semua dah naik bas. Tunggu kiteorang jeh. Then then then aku pon dengan muka tak malunya naik bas. Sesungguhnya diorang semua terperanjat tengok aku. Ye lah awal awal lagi aku dah cakap aku tak pergi kan pastuh tetiba terpacak kat depan diorang, siapa jeh yang tak terperanjat kan. Aku naik bas khb sebab aku ganti adah kan. Pastuh kebetulan mary duduk sebaris kerusi aku tapii kat bas sebelah. At first dia memang tak nampak aku kot. Tapi aku tengok raihana dah pandang pelik kat aku. Aku punya lah terperanjat tengok muka dia yang gelabah semacam tuh kan, k ni biadap. Hahah. Pastuh raihana bangun pastuh pergi kat someone. Maryy !! Habisss aku lepas ni. Mary pandang aku dah angkat penumbuk semua dah. Hadoii, sakit otak aku. Pastuh phone aku tetiba bunyi. Siapa lagi kalau bukan si mary tuh text aku kan. K dia marah aku. Hahaa
Sesudah sampai ke destinasi yang dituju. Tak payah nak ayat spm sangat lah kan. Sampai jeh kat haji dorani homestay tuh. Turun bas jeh mary serbu aku. Memang kena lah kan dengan dia. Sakit siot kena debik ngan dia. And here meet our family there
Kat sana macam macam kot kiteorang buat. Tapi semuanya aktiviti kampung lah, apa lagi kan. Disebabkan major yang follow program ni orang bandar kan. Excited diorang over sikit. Hahaa. K, aku dah mals nak taip dah. Layan jeh lah gambar yeee