Continued ...
KAKI PISANG PRODUCTION
Aku
kini wanita bekerjaya. Dalam aku bekerja di sebuah syarikat terkemuka di Kuala
Lumpur. Aku tidak lupa untuk mencapai impian aku menjadi seorang jurugambar
professional. Aku membuka sebuah syarikat bersama rakan –rakan. Aku mungkin
tidak menjadi seorang jurugambar profesional, tetapi aku membuka jalan, memberi
ruang dan peluang kepada orang lain untuk mencapai matlamat dan impian mereka. Mungkin
peluang untuk menjadi seorang jurugambar itu masih ada. Tapi aku sudah berjaya
sebagai seorang usahawan. Buktinya, aku ada perniagaan
sendiri sekarang. Apa lagi yang harus aku bawa sebagai bukti? Mungkin di awal
penglibatan aku dalam perniagaan ini, banyak cabaran yang harus aku tempuhi.
Dalam masa aku bekerja untuk orang lain, aku ada pekerja dan perniagaan yang
memerlukan lebih perhatian dari aku. Tak mudah untuk berjaya tetapi berkat hasil usaha
dan penat lelah aku selama ini, terlihat hasilnya sekarang.
Sebulan
yang lalu, Kaki Pisang Production telah berjaya membuka cawangan baru di Bangsar. Aku
tidak lagi bekerja untuk orang lain. Dato’ Ridzuan, bekas majikan tempat aku
bekerja dahulu banyak menyokong dan menjadi penyumbang saham terbesar untuk
perniagaanku.
“Zaman sekarang susah nak lihat anak muda berjaya sampai ketahap
ini, lebih-lebih lagi awak ini seorang perempuan. Saya membantu sebab saya
percaya dan yakin suatu hari nanti awak akan berjaya.”
Itu lah kata-katanya
dahulu semasa aku mengetuk pintunya meminta pertolongan sewaktu perniagaan aku
ada masalah. Dato’ Ridzuan dan isterinya Datin Maznah sudah aku anggap seperti
keluargaku sendiri. Sehingga Datin Maznah menyuruh aku membahasakan dirinya dengan
panggilan, mama. Mereka kata sebab mereka tidak punya anak perempuan, kasih
sayang mereka tumpah pada aku.
Tok..tok..tok
“Cik Sara, ada orang nak jumpa?” aku memandang pembantuku Julia dengan wajah
hairan. Sepatutnya aku tidak perlu bertemu dengan sesiapa hari ini, itu yang
diberitahu oleh Julia awal pagi tadi. Aku hanya mengangguk, memberi isyarat kepada
Julia membenarkan tetamu itu masuk.
“Amboiii
cik boss, sibuk nampak.” Drastik aku memandang kearah tuan punya suara. Kenal
sangat aku dengan suara itu. Dia melontarkan senyumannya padaku. Senyuman yang
boleh mencairkan hati ramai wanita tetapi bukan aku. Sudah 3 tahun lamanya
kelibatnya tidak kelihatan. Sibuk dengan pengajiannya di London katanya. Dia
kini pulang ke tanah air setelah tamat dengan cemerlang dalam master. Muhammad
Zulhilmi Akbar, satu-satunya anak Dato’ Ridzuan dan Datin Maznah.
“Bila
sampai?” tanyaku.
“Abang
sampai malam tadi.Terus balik rumah abang, penat sangat. Tak jumpa mama dengan
papa pun lagi.”
Dia menarik kerusi dan duduk diatasnya sambil menarik surat
khabar yang tersidai di atas meja. “Ni nak ajak aku temankan dia balik lah
itu.” Hatiku berkata-kata. Faham benar dengan sikap lelaki dihadapanku ini. Aku
mengemas barang-barang yang berselerak di atas meja kerjaku.
“Jom.” Kataku
sambil berjalan ke pintu, beg setia tersidai di tangan. Abang Zul memandangku
dengan wajah kehairanan. “Tadi kata nak jumpa mama lagi. Abang Zul nak suruh
Sara temankan abang balik rumah mama kan?” Dia tersenyum lantas bangun
menghampiri aku. “Sara ini ada letak mikrocip dalam otak abang ke haa?
Tahu-tahu sahaja apa yang abang tengah fikir.” Tergelak aku mendengar
kata-katanya. Terubat rindu aku dengan jenakanya.
Kereta
Myvi putih milikku dipandu oleh Abang Zul meluncur di atas jalan raya dengan
berhati-hati. Kami singgah di pasaraya yang berdekatan untuk membelikan sedikit
buah tangan. Sesampai sahaja kami di teratak indah milik Dato’ Ridzuan dan
Datin Maznah, kami memakirkan kereta di bawah garaj bersama-sama kereta milik
Dato’ Ridzuan yang lain.
Sudah
lama juga aku tidak menjejakkan kaki di rumah ini. Walaupun dekonya masih sama
seperti kali terakhir aku datang. Tetapi ada aura yang membuatkan aku tenang
setiap kali aku singgah kemari. Aku memberi salam sambil berjalan memasuki
rumah banglo 3 tingkat ini. Terperanjat Datin Maznah melihat kelibat kami
berdua.
“Zul, bila kamu balik? Kenapa tak talefon mama? Kalau tak, boleh mama
jemput Zul kat airport. Kamu ini tak ingat jalan balik ke sampai kena jumpa
Sara dulu?”
panjang lebar mukadimah Datin Maznah melihat anak terunanya. Tidak
pernah aku terasa hati dengan kata-katanya walaupun kadang-kadang itu pedas
seperti cili. Datin Maznah tahu dengan keadaan jadualku yang ketat dan
kesibukan aku di pejabat. Itu sebabnya dia berkata sedemikian. Aku menghulur
tangan untuk bersalam
“Mama apa khabar? Sihat?” perihatinku.
“Macam ini lah Sara
sihatnya. Ini kamu datang sekali dengan Zul?”
Tanyanya lagi. Ekor mataku memandang Abang Zul dan menganggukkan
kepala
“Abang Zul ini haa, dia takut mama marah dia sebab tak balik sini terus.
Itu lah sebabnya dia ajak Sara.”
Aku berjalan beriringan dengan Datin Maznah ke
ruang tamu, Abang Zul ditinggalkan dibelakang. Dia menarik muka bila Datin
Maznah tidak menyambutnya dengan mesra dan manja seperti aku.
“Mama, Zul dekat
sini. Mama tak nak sambut ke? Sara jer mama sambut, tak kesian ke anak mama
sorang ini?”
Aku dan Datin Maznah ketawa melihat gelagatnya yang persis
kanak-kanak. Dia tidak malu menunjukkan kasih sayangnya. Dia berjalan
menghampiri Datin Maznah dan dipeluknya erat. Rindu katanya. Terzahir kasih
sayang lelaki berumur 28 tahun ini. Perasaan cemburu mula berputik dalam diri
apabila melihat kemesraan antara dua beranak ini.
Saat
ini lah yang membuatkan aku merindui keluarga. Ibu, ayah, abang dan adik
kandungku. Tak sempat untuk aku bermanja dan menumpahkan kasih pada mereka
kerana Allah lebih menyayangi mereka. Kemalangan tragis dengan sebuah lori
menyebabkan aku hidup sebatang kara. Aku merupakan satu-satunya perempuan dalam
keluarga. Tinggal bersama dengan 2 orang abang dan seorang adik lelaki adalah
latihan terbaik untuk hidup berdikari. Mereka yang dulunya penghidur aku,
perlindung aku sudah tiada. Mungkin kerana aku rindukan mereka, aku menumpang
kasih dengan Abang Zul dan keluarganya. Aku mengganggap mereka seperti keluarga
kandungku sendiri.
“Ibu, ayah, abang dengan adik, doakan Sara ye.”
Hati kecil
aku berkata. Petang itu, angin tenang membawa rinduku berlayar terbang.
*****
Kali
ini aku tidak dapat projek besar seperti perkahwinan anak-anak kepada orang–orang
yang berpangkat besar. Kali aku aku pergi melangsaikan hutang, menunaikan
janji. Alyaa, sahabatku, teman akrabku sewaktu di universiti dahulu akan
menjadi raja sehari hujung minggu ini. Pelbagai persiapan telah dijalankan, aku
turut membantunya. Dia memilih syarikat milikku untuk merakam detik-detik
bahagia mereka. Banyak projek baru yang masuk menjelang cuti sekolah
menyebabkan aku menjadi terlebih sibuk sepanjang minggu. Tetapi majlis Alyaa
aku utamakan dahulu.
Aku
berdiri di hadapan cermin, baju kurung moden bewarna putih pemberian Alyaa
telah selamat aku sarung dan tudung bawal bewarna merun telah selamat mendarat dikepala.
“Sudah lama rasanya aku tidak menyarungkan baju kurung.” Babelku seorang diri. “Dah
siap? Cepat sikit, abang tunggu kat luar.” Kedengaran suara Abang Zul di balik
pintu bilik. Dia sendiri yang menawarkan diri untuk menemani aku, katanya dia
bosan duduk dirumah tidak buat apa-apa. Lagipula kereta Mayvi kesayanganku itu
terpaksa dihantar servis.
Semasa
aku sampai dirumah Alyaa, majlis telah pun berlansung. Kelihatan Sofian,
jurugambar dari syarikatku sedang gigih bekerja merakam detik-detik indah
pasangan yang diraikan. Kerana tidak mahu mengganggu pekerja-pekerjaku dalam
menjalankan tugas mereka, aku hanya memerhati dari jauh. Abang Zul masih lagi
setia di sampingku. Dia memerhati sekeliling, tiba-tiba Abang Zul bersuara “Ehh,
yang itu Khairi kan?Dia buat apa disini?” tanyanya. Aku memandangnya dengan
wajah pelik “Memang lah itu Khairi, dah dia yang kahwin.” Khairi merupakan
rakan Abang Zul sewaktu di universiti dahulu. Mereka sudah tidak berhubung
sejak Abang Zul melanjutkan pelajarannya ke luar negara.
Aku
berada di majlis Alyaa sehingga majlis selesai. Bukan atas kehendakku, tapi
permintaan daripada pengantin baru. Abang Zul terpaksa meminta
diri kerana ada masalah dengan client besarnya di pejabat. Aku beransur pulang sesudah menunaikan
solat Asar. Alyaa menawarkan diri untuk menghantarku pulang tapi aku menolak.,
pastinya mereka penat selepas sehari suntuk melayan tetamu. Petang itu, aku
menunggu di stasen bas seorang diri. Basah bajuku bermandikan peluh, sesudah
setengah jam lamanya aku setia disini menunggu bas atau teksi berhenti. Tapi
hanya sebuah kereta Mercedes bewarna hitam berhenti betul-betul berhadapan
dengan stasen bas, tempat dimana aku duduk.
Aku
hanya memerhati sewaktu pemandu kereta Marcedes itu keluar. Aku tergamam “Adam
Farhan?” Hatiku menjerit sekuatnya, tetapi lidah aku kelu tidak berbicara. Cuma
mata setia memandangnya. Aku bertanya pada diri, adakah aku yang menghilang
mencari kedamaian diri atau dia yang pergi membuat haluan sendiri? Tetapi
kenapa aku dipertemukan dengannya begini?
“Assalamualaikum.” Sapanya. Senyumannya masih sama seperti 7 tahun lalu, masih setia dibibir.
“Waalaikumussalam.” Jawabku perlahan. Lidah aku masih kelu, aku berdiri diam
tidak berbicara. Hanya menunggu bicara
darinya.
“Saya sepupu Khairi. Dia minta tolong saya hantarkan awak balik sebab
kat sini nak dapat teksi atau bas susah.”
Dia menyusun kata supaya hilang
kejanggalan antara kami. “Bukankah dia sedar dia membahasakan dirinya saya?” Hatiku
keliru, Adam yang aku kenal tidak pernah membahasakan dirinya saya. Aku hanya
berdiam kaku disitu. Dia mengangkat talefon mendail nombor seseorang, aku dah pakat-pakat
sedia nak lari dah kalau ada apa-apa yang terjadi. “Nah, Alyaa nak cakap.” Jejaka
itu menghulurkan talefonnya padaku. “Hallo?” Fuhh..Lega rasanya mendengar suara
Alyaa di hujung corong talefon. Dia menyuruh aku menerima pelawaan jejaka yang
menggelar dirinya sepupu kepada Khairi.
“Jangan risau lah, aku percaya dengan
Adam. Kau sampai rumah punya.”
Aku hanya menurut sahaja kata Alyaa untuk
menerima pelawaan sepupu Khairi. Lagipula hari makin gelap, takut juga aku mahu
duduk disini seorang diri.
Suara
Dj radio yang memecah ruang kesunyian di dalam kereta. Sepanjang perjalanan aku
hanya berdiamkan diri. Perjalanan terasa panjang dan lama, lagu more than words
nyanyian westlife lebih terkesan didalam hati ini, baru aku perasaan yang lagu
ini liriknya membawa seribu makna.
“Nama awak Nur Kaisara Nordin kan?” Pertanyaannya
memecahkan ruang kesunyian antara kami. Aku berkira-kira di dalam hati, mungkin
Khairi atau Alyaa yang memeberitahu Adam tentang ini.
“Mana awak tahu? Alyaa
dengan Khairi yang bagi tahu?” tanyaku. Dia menggeleng
“Tidak lah, Adam Farhan.”
jawabnya tenang. Drastik aku memandangnya dengan wajah pelik. Bukankah dia Adam
Farhan? Aku keliru.
Dia
memandangku sambil senyuman cantik terukir dibibirnya. Baru aku sedar yang ada
tersorok lesung pipit di pipinya. Adam Farhan yang aku kenal tidak punyai
lesung pipit dipipi, hanya senyuman manis yang menghiasi. Siapa sebenarnya
lelaki ini? Soalku pada hati.
*****
“Saya
bukan Adam Farhan kalau itu yang awak fikir. Nama saya Adam Fikri, Farhan itu kembar
saya, kembar seiras. Mungkin itu yang buat awak keliru.”
Dia memberhentikan
bicaranya, menghembuskan nafas yang berat. Entah kenapa? Hati aku resah. Aku
hanya berdiam diri menunggu ayatnya yang tergendala tadi disambung,
“Farhan
selalu cerita pasal awak, macam-macam dia cerita. Dia kata dekat dalam kelas
dia, awak ini perangai serupa macam budak-budak. Tapi cara pemikiran awak
matang. Dari jauh, awak nampak sukar untuk didekati tapi bila dah kenal,
semuanya berubah.Dia pernah tunjuk gambar awak kat saya. Betul apa yang dia
cakap selama ini, awak cantik.”
Dia menoleh memandangku sambil tersenyum.
“Dia buat
apa sekarang?” Tanyaku. Semua cerita Adam Fikri membuat aku semakin mahu
berjumpa dengannya. Hati aku meronta dengan rindu yang menebal.
“Dia
suruh saya cari awak, dia nak awak simpan ini” Adam Fikri menghulurkan sebuah
talefon bimbit dari laci keretanya kepadaku. Aku menghidupkan talefon itu
dengan berhati-hati. Gambar seorang perempuan beruniform sekolah sedang
memegang kamera menghiasi wallpaper talefon itu. Kenapa seolah gambar itu
pernah aku lihat? Aku membiarkan sahaja persoalan itu terbuka di hati. Ada satu
mesej yang belum dibaca, aku memandang Adam Fikri
“Buka lah” arahnya.
17 September 2010
"Nur Kaisara Nordin. Terima kasih untuk senyuman yang kau
berikan pada aku. Sungguh, aku kalah dengan senyuman itu."
Tanpa sedar bibir aku mengukir senyum. Adam Fakri memandang dengan ekor matanya dan kemudiannya dia membuka kata
“Farhan
sakit. Sakit tenat. Tapi sekarang dia dah tenang. Dia nak awak janji, yang awak
akan terus tersenyum walaupun dia dah tiada. Awak nak tahu tak, dulu masa dia
kat hospital dia pernah cakap dengan saya yang dia selalu nampak awak menangis.
Farhan cakap awak ini kuat, kalaupun awak menangis, awak tak pernah nak tunjuk
kat orang lain. Dia bertahan selama ini sebab awak, sebab awak bagi dia
semangat untuk hidup.”
Bagaikan halilintar yang memetir hatiku saat mendengar perkhabaran dari Adam Fikri. Siapa dia yang harus aku percaya? Kenapa sekarang baru aku mengetahuinya? Soalan demi persoalan yang tidak akan jumpa jawapannya. Aku mengetap bibir, tangisku tak tertahan. Aku tidak kuat lagi. Mataku keluar memandang ciptaan Sang Pencipta. Tidak sedikitpun aku moneleh pada Adam Fikri. Adam Fikri hanya membiarkan aku menangis meluahkan rasa.
Dia hanya diam tidak berkata apa-apa. Tingkahnya seperti Adam yang aku kenal
suatu ketika dahulu. Membuak rasa rindu dalam jiwa. Petang itu, air mataku membasahi
bumi dan hujan seolah memahami perasaanku, menangis bersama-sama denganku.
Selepas ini kopi
di café, manisnya tidak sama lagi seperti selalu.
“Adam Farhan, semoga kau
tenang disana.”
Tak
akan ada ucapan selamat tinggal kerana senyuman kau akan sentiasa hidup dalam
pelangi. Akan ada seseorang yang sentiasa menunggu selepas hujan. Aku, itu aku.
*****
17
september 2014
1
mesej baru
“Kalau senyum itu boleh dilukis ikut suka, pasti saya akan
terpacak dihadapan awak semata-mata mahu mengukir satu senyuman dibibir awak.
Selamat ulang tahun yang ke-23, Nur Kaisara Nordin”
Adam Fikri